Saturday 28 November 2009

Fakta Menarik mati




1. sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan 
meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan,
diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.

2. kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat 

selepas ia dipenggal!

3. apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan

khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau 
ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada 
hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!

4. sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford

telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah 
botol.

5. lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan 

yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

6. mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana 

terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. 
Satu lagi fakta, mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding 
yang ditanam di dalam tanah.

7. pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama 

yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.

8. masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh 

kerana itu mereka akan mencukur kening apabila kucing peliharaan mereka 
mati

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home