Friday 27 November 2009

Pondan oh pondan



LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah 
warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor 
sebuah akhbar semalam. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat 
penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis 
sivil di sini Mei lepas. Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks 
di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia 
bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Terpegun dengan kejelitaan 
mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, 
cuba memikatnya. Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan 
bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang 
mengambil berat dan pandai menjaga hatinya. "Saya tidak peduli sama 
ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya 
Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum 
ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris. Fatine atau 
nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon 
wanita sejak berusia 17 tahun. Jurusolek itu tidak mahu melakukan 
pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping 
gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada.

Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan 

visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana 
tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. - Agensi



ASTAFIRULLAHHALAZIM......
mulenyer aku ingat kot2 org cina ke, india ke,
skali melayu yg jd bapok tu,
ape nk jd ngan dunie ni.....

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home