Saturday 28 November 2009

10 Tabiat Merosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan
menjadirendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak
dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental
otak.


3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh
mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.


4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein
dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak
yang sihat.


5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran
udaraboleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan
keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang
boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak
karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan
kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat. 
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan
otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan
otak kita.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home