Friday 13 November 2009

Cara baru perompak kereta






"AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA 
CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA"

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka
kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg
melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta,
buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang
penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari
tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi. Dia mungkin akan merempuh
anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri
memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua
identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. 
Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca artikel ini.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home