Sunday 8 November 2009

Faktor-faktor kenapa wanita mudah ditipu

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.

Dah sayang la kataknā€¦ jadi apa sahaja yg lelaki/pasangan katakn, kepercayaan adlh seratus peratus. Bukan maksud e-jump percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jgn sampai 100%, tetapi maksud e-jump mudah percaya yg membuta-tuli & menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yg waras adlh amat x wajar.

2. Wanita yg "terdesak" utk berkahwin.

Umur yg semakin lanjut membuatkan ramai wanita yg belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yg semakin canggih ini, melihat wanita yg berkerjaya lewat berkahwin adlh perkara biasa, namun majoriti wanita yg semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

3. Wanita "sosial".

Ini bukan sosial dari segi terlibat dgn persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yg
seumpamanyalah. Sosial dlm hal ini ialah suka kepada "night life", disko, berparti, "clubbing",
pergaulan bebas tanpa had dan hidup dgn falsafah "life is short, so have fun!", atau "masa muda ni
la nak rasa macam-macam..".

4. Wanita yg tidak mementingkan ilmu.

Wanita yg mementingkan ilmu dlm konteks percintaan, perkahwinan & memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yg dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yg ditipu, dihina, dipermainkan, & sebagainyalah oleh lelaki yg berbahaya?

5. Wanita yang memandang "faktor fizikal" sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.

Mudah jatuh cinta dgn lelaki handsome? atau mungkin juga lelaki "cute", "macho", & mempunyai fizikal yg begitu menggoda hati? Ingat..semakin "handsome", "cute", "sexy" seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan "sistem pertahanan" diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yg TAK "handsome" dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yg "handsome"?

6. Wanita yg "sabar" tidak bertempat.

Wanita dlm golongan ini boleh kita katakan jenis yg selalu "makan hati berulam jantung", atau mungkin juga dah sampai tahap "makan tangan berulam kaki". Dia didera(fizikal atau perasaan), tdk dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa & tertekan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home