Tuesday 10 November 2009

Fobia sayur




PORTSMOUTH - Seorang pelajar Britain, Vicki Larrieux, 22, menyatakan dirinya menggeletar
apabila mendekati sayur-sayuran walaupun seulas kecil lobak, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketakutan luar biasa itu dikenali sebagai lachanophobia menyebabkan wanita itu berpeluh dan
panik jika ternampak sayur-sayuran. Berikutan fobia itu, dia memakan daging, kentang, bijirin
dan epal namun menolak apabila dihidangkan menu yang mengandungi sayur.

"Sejak kecil, saya selalu menyisihkan lobak dan kacang pis daripada pinggan".
"Namun apabila semakin dewasa, saya berpendapat perbuatan itu bukannya kerana saya tidak
suka pada sayur-sayuran tetapi ia sebenarnya satu fobia," kata Larrieux.

Ketakutan aneh itu menyebabkan dia terpaksa mengawal ketakutannya semasa pergi ke pasar
raya kerana bahagian sayur-sayuran terletak di pintu masuk. Seorang jurucakap Anxiety UK
iaitu badan kebajikan untuk golongan fobia berkata, terdapat beberapa kumpulan dan rawatan
yang boleh digunakan untuk membantu mengatasi pelbagai jenis fobia.

e-jump ade 2 org kawan xsuke makan sayur...harap2 jangan jadi sampai tahap camni, 
nnti susah hidup...HA..HA....e-jump pon fobia jugak...fobiaawekcun Wakakka....

Labels:

8 Comments:

At 11 November 2009 at 04:51 , Anonymous aim said...

wahaha ni tadi baru aku bace kat paper pastu trus teringat kat si mamat tu..

 
At 11 November 2009 at 07:19 , Anonymous e-jump said...

hu..hu...

 
At 13 November 2009 at 08:00 , Anonymous jaroo said...

ya mmg btol lah.. sayalah yang add awak kat wolf team tadi

 
At 13 November 2009 at 09:42 , Anonymous e-jump said...

sudah..jaroo pulak datang.....mengaku dirinya tambi

 
At 14 November 2009 at 07:43 , Anonymous Kannan said...

mane kawan baik saya?? saya nak bagi die lagu ringtone saya ni.. bole!! bole!! bole!!

 
At 14 November 2009 at 23:53 , Anonymous e-jump said...

O_o owh...mane u tahu kawan baik u ade kat sini....ha..ha....

 
At 26 November 2009 at 20:31 , Anonymous Kumaran The Great said...

HOI firdaus awak nak kena rotan lagi ye!!!!!

 
At 27 November 2009 at 22:48 , Anonymous e-jump said...

LOL kumaran dh datang....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home