Monday 2 November 2009

Jangan baca Al-Quran Flash

MINTAK PERHATIAN YANG SERIUS

http://www.quranfla sh.com/en/ quranflash. html
URL tersebut yang merujuk kepada al-quran flash.

Namun bila membaca nya dari mashaf tersebut, di dapati banyak kesalahan/ unmatch baris, tanda bacaan (fathah, kasrah dan dhommah) and even perbezaan huruf. Konteks comment saya ini adalah apabila dibanding kan dgn quran resam Uthmani.

Misalnya

1. Sepatutnya huruf YA, menjadi huruf TA. Dan bukan 1 atau 2, malahan ada
3-4 kes sedemikian

2. Tanda baris yang sepatutnya tidak ada sabdu, diletakkan sabdu.

3. Hamzah wasal yang sepatutnya hanya ditulis dgn kepala sad, menjadi hamzah qat'ie. Ini membuat kan si pembaca akan menambah kan huruf alif ke dalam bacaan mereka yang sepatutnya hanya wujud ketika bacaan waqaf.

Dan banyak lagi jikalau nak disenaraikan disini ... yang mana kesalahan itu diperolehi hanya setelah saya membaca 3 muka surat sahaja dari awal juz 10.

Jadi, saya disini ... berharap super admin,admin or mod menarik semula URL yang telah di forward kan di website ini tempoh hari dan menasihati sahabat2 semua membaca terus dari mashaf yang telah diperakui sahaja (hardcopy). Agak menggerun kan jugak mengenangkan para pembaca diluar sana yang hanya bergantung kepada content dari internet, termasuk lah al-quran ini. Saya bukan ahli kepada qiraat (jenis bacaan yang pelbagai), namun ... ia nya (beberapa helaian yang saya baca) sah tidak menyamai dengan quran resam uthmani.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home