Friday 28 August 2009

Kenapa Anda Jangan Jadi "Gemuk"

Gemuk..
Bagi setiap orang tahap gemuk mungkin berbeza. Aku pun tiada skala yang khusus untuk bagitahu bagaimana tahap gemuk diukur.
bagaimanapun, untuk memudahkan, gemuk pada pandangan aku adalah mereka yang tergolong dalam kategori overweight dan obesiti.
Golongan ini mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi 25

1)Kesihatan
Kesihatan merupakan antara masalah utama yang mudah dihadapi oleh orang gemuk. Terlalu banyak penyakit yang disebabkan obesiti. Terbaru, kes selsema babi juga mudah berisiko menjangkiti orang yang berpenyakit, salah satu daripadanya adalah mereka yang mengalami obesiti.Penyakit² lain seperti diabetis, darah tinggi dan serangan jantung juga mudah diperolehi.

2)Join program
Bagi mereka yang berbadan besar, untuk join program yang tidak melibatkan aktiviti yang lasak, tentu tidak menjadi masalah sangat. Tetapi cuba bayangkan kalau aktiviti melibatkan memanjat, emndaki, berlari, melompat dan banyak lagi. tentunya bagi mereka yang berbadan besar amat sukar bagi mereka untuk mengikuti aktiviti ini. Bagi yang aktiviti melibatkan kumpulan, semestinya juga akan membawa masalah kepada kumpulan tersebut.

3)Sukan
Tidak ramai orang gemuk yang boleh bersukan. terlalu sedikit kalau dibanding kan dengan orang yang bersukan. Sebutlah sukan apa sahaja, boleh dikatakan 90 peratus sukan tidak sesuai dengan orang yang berbadan besar. Hanya sukan tertentu sahaja yang memerlukan orang yang berbadan besar seperti tarik tali. Yang lain², semuanya adalah kekurangan bagi mereka yang berbadan besar.

4)Kesukaran mendapatkan kerja.
Kebanyakan majikan, mereka inginkan pekerja yang aktif dan senang bergerak sana sini. Dan manjadi orang yang gemuk adalah satu kekurangan apabila melibatkan kerja yang perlu bergerak pantas.Jika ada dua pilihan pekerja yang sama bagus, seorang gemuk, dan seorang biasa. Kemungkinan untuk majikan mengambil orang yang biasa adalah lebih tinggi.

5)Naik kenderaan
Kenderaan juga merupakan masalah yang selalu dialami oleh orang berbadan besar. Kalau naik lori tak pe la, kalau naik kereta kancil tentu agak sukar untuk 'balance'. Kalau naik motosikal, orang besar akan membawa beban yang lebih kepada motosikal. Kesannya absorber cepat rosak, tayar mudah botak dan tayar mudah bocor.

6)Kerusi.
Kebanyakan kerusi yang direka adalah direka berdasarkan standard. Kerusi mungkin boleh ditinggikan atau direndahkan, tetapi kerusi tidak boleh laras untuk dibesarkan. selain itu, kerusi juga menjadi masalah utama apabila berada di kedai makan. Kalau kerusi jenis aluminium ok la. Kalau kerusi yang jenis plastik, kemudian buruk pula.Kemungkinan untuk kaki patah adalah tinggi. Dan aku pernah melihat kerusi plastik patah apabila diduduk oleh orang yang gemuk.

7)Mudah diejek.
Kalu berada di alam dewasa, mungkin situasinya berbeza. Kerana kebanyakkan adlah sudah matang. tetapi kalau di sekolah rendah atau di kampung², orang gemuk adalah antara yang paling senang untuk di ejek. samda panggil boroi, gemuk, gajah dan pelbagai lagi gelaran.

8)Cepat tersinggung (terasa)
Sebenarnya aku tidak dapat pastikan perkara ini seratus peratus. tetapi berdasarkan pengalaman aku sendiri, kebanyakan orang gemuk yang aku jumpa dalah jenis mudah terasa.Aku tidak tahu samada itu kebetulan atau tidak.Perempuan terutamanya .Cuba jumpa perempuan dan kata "weh, gemuknya ko". konferm terasa.

9)Penampilan tidak menarik.
bagi perempuan, penampilan adalah antara perkara yang penting. Biasanya penampilan mencerminkan bagaimana penerimaan orang terhadap mereka. Bagi yang berbadan besar, sukar untuk mereka tampil menarik. Banyak yang tidak kena. Pakai baju kurung nampak besar, pakai sendat nampak lemak. Semuanya tidak menjadi. Nak jadi model.? Sukar sekali.

10)Rendah diri.
Banyak mana orang gemuk yang dengan bangganya kata mereka hebat. Tidak ramai. Kebanyakkan adalah berada rendah diri. Tidak kira la lelaki atau perempuan. Memang meraka akan senang terasa untuk rendah diri. Lagi² perempuan kerana mereka adalah jenis yang pentingkan penampilan.


11)Sukar mencari saiz pakaian
Mencari pakaian yang sesuai merupakan antara masalh yang di alami oleh orang yang berbadan besar. Kalau dipasaraya, mungkin tida masalah. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan samada baju program atau baju bundle atau lain², sukar mencari saiz yagn bersesuaian dengan orang yang berbadan besar.

12)Sukar mencari pasangan
Betul, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. tetapi kita kena berusaha. Kalau tidak, tiadalah istilah mengorat.Bagi lelaki, mungkin masalah yagn dialami tidaklah begitu besar. Tetapi bagi perempuan yang berbadan besar, untuk menjumpai pasangan adalah satu perkara yang paling bermasalah. Ini kerana, realitinya, lelaki tidak berminat dengan perempuan yang berbadan besar. Ya, itulah realitinya.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home