Monday 10 August 2009

10 Perkara Jangan Beritahu Wanita

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan
beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau
sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu
satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan
terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan
mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali
fikir mereka kuat mengha kenyataan anda. Hakikatnya
mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan
ambil risiko.

2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini
Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran
dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan
anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah
diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa
apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan
terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati
apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.

3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”
Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan
teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik
sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya
sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita
anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali
teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam
senarai di bawah.

4. Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam
antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak.
Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi
pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu
perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda
ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

5. Jangan jadi ‘anak emak’
Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda?
Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan
sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang
berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri
sekemas-kemasnya.

6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan
perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika
anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu
hubungan yang singkat.

7. Simpan rahsia kelemahan anda
Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah
mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan
mereka tahu rahsia anda secara natural
iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”
Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih
lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan
mana-mana wanita cantik.

9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan.
Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa
cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi,
pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan
sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak
salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

10. Dia tidak disukai keluarga anda
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala.
Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada
diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah
reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya
dengan memberitahu
perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home