Thursday 23 December 2010

5 sebab kenapa anda perlu merokok



kenapa ramai orang benci pada perokok? Pelik betul la. Kan 5/10 daripada lelaki dewasa kat Malaysia ni adalah perokok. Takkan nak benci diorang semua. Tak baik tau. Nanti dapat jodoh perokok jugak baru padan muka


1. Kenyang tanpa perlu mengunyah.
    Best kan dengan sedut asap je dah boleh kenyang. Tak payah susah2 nak 

    mengunyah, buang masa..


2. Nampak macam orang kaya.
    Harga rokok semakin lama semakin mahal. Orang kaya je yang mampu

    beli rokok. Kalo tak merokok kena cop sebagai miskin. Biar la papa, 
    asalkan bergaya..


3. Dah banyak sangat pahala.
    Dah puas hidup. Pahala pun dah banyak sangat. Hidup lama-lama

    pun nak buat apa kan?  Kalau mati sekarang pun lagi bagus..


4. Kaler paru-paru special berbanding orang lain.
    Paru-paru berwarna hitam berkerak. Bila-bila masa je boleh reput.

    Korang ada ke?


5. Tak diganggu nyamuk.
    Nyamuk, lalat semua pun lari, tak nak dekat. Lebih best kalau 

    awek sendiri pon lari sebab dah tak tahan bau asap rokok..


Hah, "keistimewaan" jadi perokok pon aku dah bagi. So, lepas ni takde sebab dah korang kata TAK NAK pada rokok lagi kan..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home