Saturday 2 January 2010

Rahsia Diri Melalui Darah




SI DIA BERDARAH “A”
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia tergolong dalam lingkungan individu yang serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita. Setelah mendirikan rumah tangga, dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati. Bak kata org tu, segala-galanya dicurahkan kepada isterinya. Bahkan setiap kali kluar rumah, dia selalu ingat kepada anak dan isterinya di rumah. Berbahagialah kamu kerana dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yang baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yang tergolong dalam kolompok ini merupakan individu yang ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yang sempurna. Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yang tidak terurus. Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yang baik. Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan kemarahannya itu kepada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu.

SI DIA BERDARAH “B”.

‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yang terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan perkara yang dia mahu saja. Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan, tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman-teman hingga larut malam. Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya individu yang tergolong dalam kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga. Apa yang diinginkannya ialah menikmati kehidupan. Tanggungjawab kepada keluarga memang kurang. Walau bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan. Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri Jhati biarpun terhadap anak sendiri.

SI DIA BERDARAH “O”.
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental. Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yang romantis dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga, biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yang penting sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dalam satu masa. Jangan bimbang, dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yang baik. Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yang sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam komunikasi korang. jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kepada seorg yang pemalas!!


SI DIA BERDARAH “AB”.
Beruntung kamu. Individu ini adalah seorg yang prihatin. Ketika kamu sedang sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms. Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat untuk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga, kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Sesungguhnya, dia seorg yang suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri.

ANDA BERDARAH “A”.

Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yang baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi untuk memasak dan menguruskan rumah tangga. Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yang sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap sebegini.

ANDA BERDARAH “B”.

Kamu seorg yang trendy dan suka bersosial. Kamu masih belum bersedia untuk menjadi isteri dan ibu. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman-teman dan bijak membawa diri. Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorg ibu dan isteri yang baik. Kadangkala, kamu agak egois, namun kerana kamu sangat mempersona, teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yang boros. Awas!!!.

ANDA BERDARAH “O”.

Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu. Sekiranya suami pulang lewat malam, kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya. Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu. Awas, nanti suami kamu kesepian. Setelah bergelar ibu, kamu terus mengabaikan penampilan kamu. Ingat! Itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita. Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan?

ANDA BERDARAH “AB”.
Kamu wanita cerdas. Mampu menjaga suami dengan baik. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu pergunakannya untuk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti-aktiviti baru. Kamu tidak suka menjadi ibu-ibu. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu. Sifat “cool”adalah milik kamu. Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.


Cube teka e-jump darah apa??

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home