Monday 28 December 2009

Lelaki kurang basuh tangan



TABIAT membasuh tangan adalah kaedah paling murah untuk mengawal penyebaran sesuatu penyakit.
Malangnya, kurang daripada satu pertiga populasi lelaki dan dua pertiga daripada wanita membasuh tangan dengan sabun selepas ke tandas.

KAJIAN mendapati lelaki lebih malas membasuh tangan berbanding dengan perempuan selepas ke tandas.

Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropikal, London, Britain telah mengkaji kira-kira suku juta orang pengguna tandas di stesen-stesen perkhidmatan kenderaan di negara itu selama 32 hari. Tabiat membasuh tangan dengan sabun telah dipantau menggunakan sensor.

Hasil kajian menunjukkan hanya 32 peratus lelaki dan 64 peratus wanita akan menggunakan sabun seandainya mereka diingatkan atau ada yang memerhatikan mereka.

“Tabiat membasuh tangan mungkin dapat menyelamatkan lebih daripada sejuta nyawa setahun daripada cirit-birit dan mencegah jangkitan sistem pernafasan. Kedua-dua penyakit ini merupakan antara punca utama penyakit kanak-kanak di negara membangun,” katanya. – American Journal of Public Health

Labels:

Handwriting - Flash Tutorial



As'kum....lame e-jump xmenulis...e-jump sibuk sikit ar..mencari tempat2 praktikal...
akhirnya dpt jugak tempat praktikal Alhamdulilah. Ari ni e-jump nk share satu tuturial
Adobe Flash yg mudah n semua org leh buat....

 
Selamat Mencuba....

Labels:

Sunday 27 December 2009

Memahami nafsu manusia



1. Nafsu Ammarah
Nafsu yang paling jahat dan paling zalim. Jika berbuat kejahatan, dia berbangga dengan kejahatannya. Kalau terpaksa susah kerana kejahatannya, dia sanggup. Jika ada orang mengingatkannya tentang kejahatannya, dia akan menjawab, "Saya anak jantan." Bayangkanlah, kalau orang macam ini jadi pemimpin dan berkuasa.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mencerca dirinya sendiri. Sentiasa kesal dengan diri sendiri. Tidak hendak berbuat jahat tetapi tidak mampu melawan nafsu. Bila melakukan kejahatan, sedih tapi buat lagi. Contohnya, ketika lalu di kebun orang, ternampak limau, rambutan dan sebagainya, walaupun sudah berazam tidak akan mencuri, tetapi ambil dan mencuri lagi. Orang nafsu di peringkat ini sudah mula sedar tetapi tidak larat hendak melawan hawa nafsunya.

3. Nafsu Mulhamah
nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula dipimpin, diberi hidayah. Tuhan ambil perhatian sebab dia sudah mula mendidik nafsunya. Apabila seseorang itu bersungguh-sungguh melawan nafsunya, atas belas kasihan Allah maka Tuhan akan pimpin. Oleh kerana baru dididik, ibarat orang berjalan hendak menyeberang dan melintas jalan yang di tengah-tengah ada benteng, dia sudah berada di atas benteng. Ertinya dia sudah di atas sempadan.

4. Nafsu Mutmainnah
Istilah mutmainnah bermaksud tenang, tidak digugat oleh kesenangan dan kesusahan, tidak digugat oleh sihat atau sakit, orang hina atau orang puji. Semuanya sama sahaja. Pujian orang tidak menyebabkan hati terasa sedap dan tidak berbunga. Orang keji, tidak terasa sakit. Tidak ada perasaan hendak marah atau berdendam. Sebab hatinya sudah tenang, perkara positif atau negatif tidak menggugatnya.

5. Nafsu Radhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu radhiah ini, dia meredhai apa sahaja yang Allah takdirkan kepadanya. Ia terhibur dengan ujian. Ia merasakan ujian adalah hadiah dari Tuhan. Bila orang menghinanya, dia berterima kasih kepada Tuhan dan dia rasa bahagia. Sebab itu mereka yang berada di peringkat ini, bila kena pukul, mereka rasa puas. Bila ditampar, seolah-olah minta ditampar lagi.

6. Nafsu Mardhiah

Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Tuhan. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi:

"Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan."

Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Tuhan lakukan.

7. Nafsu Kamilah 

Orang yang sempurna atau hampir sempurna keimanannya. Bagi nafsu kamilah, manusia biasa tidak boleh sampai ke tahap macam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya setakat peringkat keenam sahaja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.

Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah sesiapa sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Ayat Al Quran dan Hadis yang dibaca dan dipelajari di sekolah pun tidak ada ayat-ayat yang berkaitan dengan nafsu dan kejahatannya.

Usaha memerangi nafsu tidak diaplikasikan dalam tindakan. Bila sebut musuh, yang mula-mula nampak ialah Yahudi dan Amerika sahaja. Sedangkan Yahudi dan Amerika itu hanya mainan nafsu sahaja. jadi, sebagai seorang manusia fikir-fikir dan renungkanlah dimanakah tahap nafsu kita sekarang. usaha mendidik nafsu ini perlu diteruskan supaya kita sebagai manusia ini akan terus menjadi manusia yang sebenarnya.

Labels:

Sebelum kita tidur




Rasulullah saw berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah, jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Quran
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"Bertanya Aisyah ra:
"Ya Rasulullah saw.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
- Surah Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.
Bismillaahirrohmaanirrohiim...
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

-Bacalah sholawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat padamu di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

-Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

-Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah "haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim... Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaahaillalloohu alloohu akbar(3 x )

Untuk ingatan kita bersama... mari amalkan...
Insya Allah... tolong sebarkan kepada saudara muslimin dan muslimat yang
lain...
Sesungguhnya ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...
Wallahu wa'lam...

Labels:

Wednesday 23 December 2009

Electrical Knowledge: Did You Know ??



Do you know what contributes to your monthly electricity bill?

For those in Semenanjung Malaysia, TNB’s tariff is approximately 30 sen to 45 sen per kilowatt-hour (kWh), depending 

on your usage. The more you use, the more expensive the rates!

Below is a short table of common electrical appliances, and a rough estimate on how much they cost to run for every 

hour. (The cost may seem low, but remember, even using 3 sen/hour means that you will be paying about RM 20 a 
month if you leave it on for 24 hours a day!)


Appliance
Estimated cost (sen/hour)

Fluorescent lights
1 sen

Wireless Router
1 sen

ASTRO decoder + dish
2 sen

Table Fan
2 sen

Incandescent lights
3 sen

Ceiling Fan
3 sen

Computer (laptop)
5 sen

CRT (‘normal’) TV (21 inch)
3 sen

LCD TV (32 inch)
7 sen

Computer (desktop)
9 sen

Plasma TV (42 inch)
10 sen

Washing Machine
15 sen

Vaccuum Cleaner
17 sen

Electrical Clothes Iron
33 sen

Electric Hot Plate
46 sen

Air Conditioning
46 sen

Electric Water Kettle
50 sen 

Labels:

Sunday 20 December 2009

4 Golongan Orang



Orang yang berjaya
org yang dapat peluang dan gunakan peluang itu sebaik mungkin tapi x bersungguh..

Orang yang gagal
orang yang dapat peluang tapi tak gunakan peluang sebaik mungkin.

Orang yang hebat
orang yang dapat peluang , gunakan peluang dengan baik dan bersungguh2..

Orang yang bijaksana
orang yang berjaya,peluang yang ada digunakan sebaik mungkin, dan boleh menunjukkan peluang yang dia ada kat orang lain (sharing)


so korang rasa anda di kategori yang mana ??

Labels:

Tangani Panas Baran Cara Islam



Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:



  1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  3. Minum air.
  4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  7. Berfikiran positif.
  8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.


Wallahu wa'lam...

Labels:

Ibu yang mengandungkan kita



Bila dahaga, yang susukan aku...mak
Bila lapar, yang suapkan aku...mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari...mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati...mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah...mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...mak
Bila nakal, yang memarahi aku...mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...mak
Bila takut, yang tenangkan aku...mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...mak
Aku selalu teringatkan ...mak
Bila sedih, aku mesti talipon...mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah...mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...mak
Bila ada masalah, yang paling risau...mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku...mak
Yang selalu nasihat aku...mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari...mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...mak
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...emakku
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...

dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..

Mari menghargai dan berbakti pada ibu sementara masih hidup di dunia.. Sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu..

Wallahu wa'lam...

Labels:

Sunday 13 December 2009

Avira.Antivir.Premium.v9.0.0.387



Premium Security Suite Protection:
* AntiVir
* AntiAd/Spyware
* AntiPhishing
* AntiRootkit
* AntiDrive-by
* AntiBot
* EmailScanner
* WebGuard
* RescueSystem
* BackupSystem
* AntiSpam
* FireWall
* GameMode

Premium Security Suite functions and advantages:
- Protection against viruses, worms and Trojans
- Protection against expensive dialers
- Detects and deletes rootkits
- NEW: Raised scan speed
- NEW: Redesigned visual appearance
- Protection against phishing
- Protection against spyware
- Special protection against email viruses (POP 3)
- Fast updates through Premium Server
- 5 Euro donation to Auerbach Foundation
- Protection against annoying adware
- NEW: System to create a Rescue-CD
- WebGuard to surf and download safely
- Firewall included
- AntiSpam and proactive AntiPhishing
- Game Mode
- NEW: Function for Data BackU

Highlights from the WebGuard:
- Checks Internet downloads against viruses
- Recognizes defective files before they are loaded on your computer
- Affected websites can be blocked, isolated or ignored
- Specific files and URLs can be excluded from the examination
- Works independently from the browser you are using

Operating system: Windows 2000 (SP 4 recommended) / Windows XP and XP 64 Bit (SP 2 recommended) / Windows Vista 32 Bit and 64 Bit 







As'kum...hari ni e-jump nk share lg satu sopware antivirus, Avira...Hmm Avira ni dia punya key sampai tahun 2011, so pada sapa yang xde antivirus @ yang dh expired leh lh pakai antivirus ni..




Menyeronokkan tapi menyusahkan




Sesungguhnya di dalam kehidupan kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyoronokkan. Sesungguhnya yang menyeronokkan itulah yang mendatangkan keburukan kepada diri kita. Di bawah ini adalah antara perkara-perkara yang sepatutnya kita hindari, fikirkan dan ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:


  1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan begaul bebas berlebihan (terutamanya wanita) ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan sama sekali mempertikaikan hukum Islam kerana sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.


Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hambaNYA jua.

Wallau a'lam..

6 Kaedah memilih sahabat



Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan;

Pertama, 

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, 

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, 

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, 

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, 

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Keenam, 

sahabat yang bila engkau memandangnya akan mengingatkan dirimu pada Allah S.W.T.. Maksudnya dapat mengingatkan dirimu untuk meningkatkan amalan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Labels:

7 Pahala diterima selepas mati



Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.


  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di   dalamnya.
  2.  Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3.  Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya. - yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.



Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah 

  amalnya melainkan tiga macam" :

  1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Labels:

Monday 7 December 2009

EXERCISE LIDAH...




















P/S : Sebelum baca ... sila buat exercise untuk lidah dulu ....

Cerita yg bermula dengan huruf K :

KODOK KAWAN KETAM

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, 

Ketam ... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut ... 
kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, 
"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, 
"Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih.. kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. 
kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. 
Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. 
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk !", 
kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

Cerita yg bermula dengan huruf C :

COPOT CAHABAT CIPUT

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. 

Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. 
Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahye cerah cube culik copot. 
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. 
Copot cangat cuak. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. 
Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot. 
Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...". Copot cambung cakap, 
"copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...". Celepas cejam, cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput 
cape copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow. Copot cenyum cambil cakap, 
"copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...". Ciput cenyum cambil chow came copot.

Labels:

Sunday 6 December 2009

Misteri Segitiga Bermuda

Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke Pulau Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau kita ambilkayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih kuat daripada yangberbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri.

 

 














Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu pernah mendengar tentang misterinya Bermuda 
Triangle. Paling tidak kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya.

Apa yang ada di Bermuda Triangle?

Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah ke utara. Anda dikira 'hilang' . Satu lagi tempat 

dikenali sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga 
dikatakan memiliki keanehan serupa.

Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib!

Apa yang sebenarnya telah berlaku?

Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)."

Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus - panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.

Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. Perkara-perkara aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ.

Berdasarkan sebuah buku bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda" oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana dari situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan.

Labels:

Saturday 5 December 2009

Blumentals Easy GIF Animator v5.1.0.44 Portable



Easy GIF Animator is powerful yet very easy to use software for creating and editing animated GIF images. With this animated GIF editor you can easily create animated pictures, banners and buttons in no time. You can use special features to add stunning visual effects and prepare your animation for publishing on your web page. Easy GIF Animator supports all types of GIF animation and provides high compression and great quality for your animated GIF images. To top it all off, Easy GIF Animator is the best priced animated GIF editor on the market today.

Great News! The latest version of our GIF animator includes a built-in image editor, banner wizard and special tools to make 

your experience even more productive

With Easy GIF Animator You Can
* Easily create animated banners, pictures and buttons
* Create animated GIF images from scratch
* Edit and modify animated GIF images
* Add visual effects to your GIF animation
* Create moving text effects
* Optimize animated GIF images so they take less space and load faster
* Preview GIF animation in web browser
* Resize whole animations at once
* Manage animation frames
* Set animation loop count and frame duration
* Extract separate animation frames
* Reverse GIF animation or a portion of it
* Easily set transparency
* Add sound to your animation
* Save animation in SWF Flash format
* Search the Web to find images for use in your animation
* Export GIF animation to AVI format
* Use GIF, JPG, PNG and BMP images in your animation
* Generate HTML code for publishing animation on the web


Ha..ha...yg kat ats tu xbaca pown xpe....saje wat semak2 jerk..sebenarnya sopware ni utk wat gambar GIF, alah gambar gerak2...Sape suke downloadlh......owh ni xpayah install...portable....







Friday 4 December 2009

Korang lelaki ke pompuan

 


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....


Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri...


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:





FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS





dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!




















OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN..

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini..


Labels:

Orang lelaki kene amik tahu


1. Lelaki tinggi lebih menarik
Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain menemui teori bahawa lelaki tinggi sememangnya menarik secara seksual. Postur tubuh yang tinggi dan berbadan tegap dikatakan menjadi dambaan setiap wanita. Bagaimanapun, tidak semua wanita hanya menginginkan pasangan yang tinggi sebaliknya mementingkan ciri-ciri sampingan seperti mempunyai kerjaya dan tahap ekonomi yang bagus. Sebaliknya, majoriti lelaki yang tinggi, sukakan wanita yang lebih rendah.

 








2. Betik tingkatkan kesuburan
Seperti yang diketahui, buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Tahukah anda, kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.

 






3. Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolesterol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.

 









4. Makanan laut tingkatkan kualiti sperma
Ingin tingkatkan kualiti sperma? Manjakan diri kamu dengan makanan laut seperti abalon, tiram dan siput-siput laut yang lain. Makanan laut dikatakan mengandungi mineral yang boleh meningkatkan kualiti sperma.

Labels: