Sunday 30 August 2009

Petang ni....

Boring plak dok kt umah ni.....xde wat ape..
dh xtahu nk wat ape update ar blog ni...
hmm...bile tengah update blog terpikir
pasal final project yg akan datang ni..
ape agaknye tajuk final project lecture aku
nk bagi...mntk2 janganlah yg mengarut2..
hmm..dh 9 hari puasa...pejam celik pejam celik
dh 9 hari....cepat tol mase berjalan...
boring nyer....ni dh dikira boring tahap dewa ni..
xde sape nk diajak bebual...xrmi on9...
hmm...cian kt aku ni...

Labels:

Makna yag tersirat di sebalik 'Kentut '

1. Tidak jujur
orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Bengong
orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Berwawasan 2020
orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Sengsara
orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Misterius
orang yang kalau kentut, orang lain tahu.

6. Gugup
orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.

7. Percaya diri sendiri
orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang
amat lantang.

8. Sadis
orang yang kentut dalam selimut dan terus
dikibaskan baunya.

9. Pemalu
orang yang kentut tidak berbunyi tetapi gusar
orang lain terbau kentutnya.

10. Startegik
orang yang menyembunyikan bunyi kentutnya dengan
ketawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dapat mendengar
bunyi kentutnya.

11. Bodoh
orang yang kalau abis kentutnya menghirup untuk mencium
angin kentutnya.

12. Pelik
orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

13. Sombong
orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita
akan keharuman kentutnya.

14. Ramah
orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Tidak suka bergaul
orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman².

16. Akuatik
orang yang gemar kentut didalam air.

17. Atletik
orang kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman.

18. Jujur
orang yang mengaku kalau abis kentut.

19. Pintar
orang yang menghuraikan kandungan bau kentut orang lain.

20. Kelakar
orang yang bila ketawa sambil terkentut.

21. Romantik
orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama
merdu ketika sedang berdating.

22. Tidak sihat
orang yang bila batuk dia akan terkentut.

23. Panas baran
orang yang mudah marah bila terbau kentut
walaupun kentutnya sendiri

Labels:

Apa benda ni?





wei korang ni ape benda ni......
aku tak tahu klu siape ade info cube share skit...
tengok takut jerk......

Labels:

Friday 28 August 2009

Kenapa Anda Jangan Jadi "Gemuk"

Gemuk..
Bagi setiap orang tahap gemuk mungkin berbeza. Aku pun tiada skala yang khusus untuk bagitahu bagaimana tahap gemuk diukur.
bagaimanapun, untuk memudahkan, gemuk pada pandangan aku adalah mereka yang tergolong dalam kategori overweight dan obesiti.
Golongan ini mempunyai Body Mass Index (BMI) melebihi 25

1)Kesihatan
Kesihatan merupakan antara masalah utama yang mudah dihadapi oleh orang gemuk. Terlalu banyak penyakit yang disebabkan obesiti. Terbaru, kes selsema babi juga mudah berisiko menjangkiti orang yang berpenyakit, salah satu daripadanya adalah mereka yang mengalami obesiti.Penyakit² lain seperti diabetis, darah tinggi dan serangan jantung juga mudah diperolehi.

2)Join program
Bagi mereka yang berbadan besar, untuk join program yang tidak melibatkan aktiviti yang lasak, tentu tidak menjadi masalah sangat. Tetapi cuba bayangkan kalau aktiviti melibatkan memanjat, emndaki, berlari, melompat dan banyak lagi. tentunya bagi mereka yang berbadan besar amat sukar bagi mereka untuk mengikuti aktiviti ini. Bagi yang aktiviti melibatkan kumpulan, semestinya juga akan membawa masalah kepada kumpulan tersebut.

3)Sukan
Tidak ramai orang gemuk yang boleh bersukan. terlalu sedikit kalau dibanding kan dengan orang yang bersukan. Sebutlah sukan apa sahaja, boleh dikatakan 90 peratus sukan tidak sesuai dengan orang yang berbadan besar. Hanya sukan tertentu sahaja yang memerlukan orang yang berbadan besar seperti tarik tali. Yang lain², semuanya adalah kekurangan bagi mereka yang berbadan besar.

4)Kesukaran mendapatkan kerja.
Kebanyakan majikan, mereka inginkan pekerja yang aktif dan senang bergerak sana sini. Dan manjadi orang yang gemuk adalah satu kekurangan apabila melibatkan kerja yang perlu bergerak pantas.Jika ada dua pilihan pekerja yang sama bagus, seorang gemuk, dan seorang biasa. Kemungkinan untuk majikan mengambil orang yang biasa adalah lebih tinggi.

5)Naik kenderaan
Kenderaan juga merupakan masalah yang selalu dialami oleh orang berbadan besar. Kalau naik lori tak pe la, kalau naik kereta kancil tentu agak sukar untuk 'balance'. Kalau naik motosikal, orang besar akan membawa beban yang lebih kepada motosikal. Kesannya absorber cepat rosak, tayar mudah botak dan tayar mudah bocor.

6)Kerusi.
Kebanyakan kerusi yang direka adalah direka berdasarkan standard. Kerusi mungkin boleh ditinggikan atau direndahkan, tetapi kerusi tidak boleh laras untuk dibesarkan. selain itu, kerusi juga menjadi masalah utama apabila berada di kedai makan. Kalau kerusi jenis aluminium ok la. Kalau kerusi yang jenis plastik, kemudian buruk pula.Kemungkinan untuk kaki patah adalah tinggi. Dan aku pernah melihat kerusi plastik patah apabila diduduk oleh orang yang gemuk.

7)Mudah diejek.
Kalu berada di alam dewasa, mungkin situasinya berbeza. Kerana kebanyakkan adlah sudah matang. tetapi kalau di sekolah rendah atau di kampung², orang gemuk adalah antara yang paling senang untuk di ejek. samda panggil boroi, gemuk, gajah dan pelbagai lagi gelaran.

8)Cepat tersinggung (terasa)
Sebenarnya aku tidak dapat pastikan perkara ini seratus peratus. tetapi berdasarkan pengalaman aku sendiri, kebanyakan orang gemuk yang aku jumpa dalah jenis mudah terasa.Aku tidak tahu samada itu kebetulan atau tidak.Perempuan terutamanya .Cuba jumpa perempuan dan kata "weh, gemuknya ko". konferm terasa.

9)Penampilan tidak menarik.
bagi perempuan, penampilan adalah antara perkara yang penting. Biasanya penampilan mencerminkan bagaimana penerimaan orang terhadap mereka. Bagi yang berbadan besar, sukar untuk mereka tampil menarik. Banyak yang tidak kena. Pakai baju kurung nampak besar, pakai sendat nampak lemak. Semuanya tidak menjadi. Nak jadi model.? Sukar sekali.

10)Rendah diri.
Banyak mana orang gemuk yang dengan bangganya kata mereka hebat. Tidak ramai. Kebanyakkan adalah berada rendah diri. Tidak kira la lelaki atau perempuan. Memang meraka akan senang terasa untuk rendah diri. Lagi² perempuan kerana mereka adalah jenis yang pentingkan penampilan.


11)Sukar mencari saiz pakaian
Mencari pakaian yang sesuai merupakan antara masalh yang di alami oleh orang yang berbadan besar. Kalau dipasaraya, mungkin tida masalah. Tetapi kalau dilihat secara keseluruhan samada baju program atau baju bundle atau lain², sukar mencari saiz yagn bersesuaian dengan orang yang berbadan besar.

12)Sukar mencari pasangan
Betul, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. tetapi kita kena berusaha. Kalau tidak, tiadalah istilah mengorat.Bagi lelaki, mungkin masalah yagn dialami tidaklah begitu besar. Tetapi bagi perempuan yang berbadan besar, untuk menjumpai pasangan adalah satu perkara yang paling bermasalah. Ini kerana, realitinya, lelaki tidak berminat dengan perempuan yang berbadan besar. Ya, itulah realitinya.

Labels:

Thursday 27 August 2009

15 sebab kenapa lelaki sentiasa happy

1) Tak perlu mengandung

2) Boleh kencing merata-rata/berdiri

3) Kerjaya sama tapi gaji lebih

4) Kedut dan boroi lambang kejantanan

5) Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka

6) Berbual di telefon 30 saat je

7) Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti lima hari

8) Dipuji sbb berjaya keluarkan satu idea ciput

9) Boleh pakai seluar dalam harga RM9.90 yang 3/5 helai sekotak

10) Boleg pakai baju yang berkedut

11) Apa yang ada dimukanya semua ori

12) Stail rambut sama saja bertahun-tahun atau berkurun

13) Boleh pakai sepasang kasut dan stokin sampai koyak

14) Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki kebayan

15) Misai Berserabut? No hal punye lah

Labels:

Wednesday 26 August 2009

Guna ular 'sembelih' ayam di meja hidangan




















KALAU tak sanggup menjadi seorang pemakan sayur sepanjang hayat, biarlah berpada-pada dalam memilih menu makanan. Lebih-lebih lagi, kalau ia melibatkan kekejaman terhadap haiwan. Pada awal bulan lalu, pegawai kerajaan China telah bertindak untuk menutup restoran-restoran yang menghidangkan hidangan ayam yang digigit oleh ular beracun.

Sajian makanan itu yang disediakan di beberapa buah restoran di Guangdong dan Chongqing, dikatakan bertoksik. Namun, bukan isu itu yang menimbulkan kekecohan di media massa dan laman blog. Cara penyediaannya yang cukup ngeri dan tidak bertimbang rasa, menyebabkan sesetengah orang berasa ia tidak boleh diterima akal.

Video yang dimuat turun di laman sesawang menunjukkan bagaimana seorang tukang masak yang memegang seekor ular memaksanya mengigit berulang kali dan menyalurkan racun kepada seekor ayam hidup. Setelah hampir seminggu isu ini diuar-uarkan dan diperbesarkan oleh para pencinta haiwan, akhirnya, satu kata putus diambil agar kekejaman ini dihentikan dengan segera.


"Cukup keji dan zalim," tulis satu mesej yang dihantar dalam sebuah portal. "Ia bukan sahaja satu perbuatan ganas dengan membiarkan ular menghisap darah ayam, tetapi ia tidak bermoral," nyata sebuah akhbar di negara itu.

"Meskipun tidak ada sesiapa yang terkena keracunan makanan, ia bukanlah satu langkah yang bijak untuk 'menyembelih' haiwan di atas meja," kata seorang pegawai kesihatan.

Ada juga suara-suara yang menyatakan sebaliknya tentang hidangan makanannya yang lazat. Terlebih dahulu, pegawai kesihatan telah mengarahkan pemilik restoran terlibat supaya berhenti menghi
dangkan menu tersebut.

Berita ini tidaklah datang secara mengejut kerana benua besar itu telah lama merekodkan sejarah sajian eksotik sehingga menerima tentangan dan kutukan daripada pelbagai pihak. Antaranya ialah menyediakan sajian otak monyet yang masih hidup, musang, sup fetus rusa dan sebagainya.
















SEORANG pekerja restoran memegang seekor ular untuk menggigit seekor ayam sehingga mati di atas meja pelanggan di Guangdong, China.


Dalam pada itu, sebuah restoran di China mempertahankan praktis penyediaan makanan yang kontrovesi ini dengan mengatakan ia baik untuk kesihatan. Para pelanggannya tetap kembali semula untuk mencuba.

"Kami memasak makanan itu sejak bertahun-tahun dan pelanggan kami tidak pernah jemu," ujar seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Zheng di restoran Shunde Renjia di bandar Foshan, Guangdong.

"Ini adalah menu makanan kami yang paling laris," katanya.

Katanya lagi, sebaik makanan atau ayam itu dipanaskan, toksin ular itu akan bertukar menjadi enzim yang membantu untuk mengekalkan badan yang panas dan membersihkan saluran darah.

"Laporan televisyen menjelaskan ia sangat beracun tetapi kami masih ada pengunjung termasuk keluarga yang membawa anak-anaknya," ujarnya mempertahankan tindakan itu.

Ada pengkritik yang menggambarkan pelanggan sebagai seorang yang tidak bertamadun atau bersamaan dengan haiwan.

Labels:

Monday 10 August 2009

10 Perkara Jangan Beritahu Wanita

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi
Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan
beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau
sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu
satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan
terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan
mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali
fikir mereka kuat mengha kenyataan anda. Hakikatnya
mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan
ambil risiko.

2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini
Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran
dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan
anda tetap tidak dapat menerima bahawa diri mereka pernah
diduakan. Wanita walaupun menyatakan mereka tidak berasa
apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam dan akan
terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati
apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.

3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”
Jangan sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan
teman-temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik
sahaja tentang mereka. Anda baru sahaja bersama dengannnya
sedangkan teman-teman mereka telah mengenali teman wanita
anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali
teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam
senarai di bawah.

4. Anda punyai hobi yang pelik
Anda mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam
antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak.
Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi
pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu
perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda
ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

5. Jangan jadi ‘anak emak’
Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda?
Jika jawapannya kerap kali, sebaiknya anda kurangkan
sedikit. Wanita tidak suka merasakan seperti sedang
berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri
sekemas-kemasnya.

6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu
Wanita tidak suka dibandin-bandingkan dengan
perempuan lain terutama hal yang buruk-buruk. Jika
anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu
hubungan yang singkat.

7. Simpan rahsia kelemahan anda
Jika anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah
mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya. Biarkan
mereka tahu rahsia anda secara natural
iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”
Jangan beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih
lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan
mana-mana wanita cantik.

9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”
Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan.
Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa
cemburu dengan status kerjayanya dan gajinya yang tinggi,
pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan
sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak
salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

10. Dia tidak disukai keluarga anda
Anda hanya memarakkan api yang sedang menyala.
Sebaiknya anda diamkan sahaja perkara itu daripada
diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah
reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya
dengan memberitahu
perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

Labels:

selipar dgn nama Allah dan Muhammad di tesco....nilaikan lah....





Selipar ni jumpa sekali lagi(kali ke2)
kat TESCO KAMPAR PERAK semalam. Ianya ada tulisan 'ALLAH'
sebelah kiri dan 'MUHAMMAD' sebelah kanan. Bulan 4 lepas aku
jumpa 1st time and buat report pada customer service minta tarik
balik jualan selipar tu kejap tu juga. tarik balik penjualan selipar tu...

Then semlm terjumpa lagi sekali then buat report suruh tarik balik...
Kali ni ambil gmbr sebagai bukti dan percaya akan ada lagi kejadian
ni akan datang...

Jadi minta pada korang semua, tolong siasat benda ni kat TESCO
tempat korang. Rasa dah ada org Islam yg terbeli selipar ni.

Utk info, hanya yg bercorak ni jer ada tulisan "ALLAH & MUHAMMAD" tu.

Astaghfirullah Halazim....

sumber
http://isuhangat.blogspot.com/2009/08/selipar-menghina-islam-di-tesco.html
sumber
http://www.syok.org

Labels:

Thursday 6 August 2009

15 petanda dilamun cinta

1. Sukar melelapkan mata
Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda.

6. Hobi baru...termenung
Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.

7. Dating
Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.

8. Rindu
Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia.

9. Bergayut di telefon
Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.

10. Berubah cita rasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.

12. Awal ke tempat kerja
Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesonakan.

15. Defensif
Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.

wujud ke x tanda2 mcm ni kat korang skrg??? kalau ada siap2 la duit hantaran secukupnya

Labels:

Tuesday 4 August 2009

maksud VISTA sebenar..

Labels: